SHEIKH NAZIM DAN AKU: SATU PENGALAMAN
SEJARAH AKU DAN SHEIKH NAZIM NAQSABANDIYAH
CATATAN Bobspek Quraisy alHasyimi 🌹
1990M (dimasa itu aku baru berusia 20tahun)
"AKU BUKAN MURIDNYA TETAPI DIA DATANG DALAM MIMPIKU MEMBENARKAN PERJALANANKU"...
🌹🌹🌹 Alkisah...
Di suatu malam penghujung bulan syawal.. aku ketiduran selepas solat Tahhajud dan zikir Allah.. Allah.. 70,000K (tujuh puluh ribu kali), tiba-tiba aku bermimpi melihat Nendaku Hajjah Saadiah binti Imam Hj. Abdullah Kg.Kasa, Pasir Mas Kelantan yang berkelahiran Turki sedang melambai-lambai padaku ,,
Aneh?? Baru 40 hari Nendaku meninggal..!!! Apa isyaratnya?
DI MUKA PINTU BILIK.. dimasa itu aku masih di tempat tidur.. lalu aku bangun dan teruja.. dimana aku lihat jasadku masih terbaring di situ.. dan aku sedar itu bukan keanehan.. anugerah Tuhan.. lalu aku mengekori nendaku itu yang baru 40 hari meninggal.. ke bahagian dapur rumahku.. dan menuju ke tempat mandian... dimuka pintu bilik mandian, lalu aku melihat sesusuk tubuh yang tidak kukenal.. tidak berserban hijau tapi memakai serban putih, yang besar, hidungnya mancung dan pandangan matanya amat tajam.. tidak tersenyum pun tapi mukanya amat serius.!!. lalu dia memberi salam padaku dan menyuruh aku duduk sebagaimana duduk antara dua sujud lalu dimandikan aku dan tiba-tiba aku merasa melayang-layang.. keluar pelbagai aura warna di kiri dan kananku.. pelbagai warna seakan warna pelangi.. amat laju keluarnya... bersilau.. dan semakin bercahaya; Namun semacam ada dentingan loceng atau deruman angin di kiri kanan telingaku; lalu tiba-tiba aku berada di atas Arasy/BaitulMakmur tempat hajinya para Malaikat. Subhanallah, MasyaAllah... aku dapat melihat Malaikat yang berdiri semata-mata, yang ruku' semata-mata dan sujud semata-mata sampai kiamat. Masuk tak keluar lagi.. Itulah Arasy Baitul'Makmur.
Paginya aku tersedar dan mendapat rasa yang indah dan mengharukan.. Kusolat subuh dan munajat syukur padanya sampai waktu dhuha.. Kemudian aku ke ruang tamu rumahku dan membuka television. MasyaAllah.. tiba-tiba aku jadi kaget..!! Lelaki dalam mimpiku ada dalam TV itu, sedang menyuapkan sireh pinang pada pasangan diRaja Perak.. Ooo.. rupanya ia juga ada di sini.. tapi siapakah lelaki itu??? hmm.. aku hanya mengeleng2kan kepala..
Allah Hu Akhbar! .. masa terus beredar.. Selepas solat Jumaat hari tu, aku ke kedai buku berhampiran.. tiba-tiba keanehan menjelma lagi.. Ada sebuah majalah tentang agama (keluaran khas alArqam), lalu aku mengambilnya dan membelek-belek.. Ooo.. belekan mukasurat pertama terus membuat aku kaget.. Ada photo di tengah halaman majalah itu.. Photo Sheik Nazim bersama jemaah Sufi/Tarikat sedunia bergambar di Malaysia... Subhanallah.. Engkau Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui Ya Allah!!
Realitinya, Aku dibawa Sheikh Nazim ke tempat itu, di Arasy yang tinggi di Baitul'Makmur- tempat hajinya Malaikat-Malaikat??? Tapi mengapa aku????
Maka kata Allahyarham Bapaku; "kerana darahnya ada mengalir di dalam darahmu... Nendamu keturunan Turki-Arab"...
wallahualam...
Catatan di atas adalah Pengalaman benar Kerohanian Bobspek AlHasyimi (YM Nik Azuri alHasyimi) rejab/1991M
Baraqallahufie'🌹#alifmimta
#alhasyimi #HMzorro